Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

FAQ  SISPAA KEDAH

1. ADAKAH SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUAT ADUAN?

Tiada/ percuma

2. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN ADUAN KEDAH?

Organisasi yang bertanggungjawab adalah Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah, Bahagian Komunikasi Korporat,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

 

3. ADAKAH SEMUA ADUAN BOLEH DIRUJUK KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI KEDAH?

Ya, KECUALI aduan ;

  • Terhadap dasar kerajaan
  • Ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah
  • Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Awam Suruhanjaya                                            Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Biro Bantuan Guaman
  • Kes-kes jenayah
  • Bersifat peribadi

4. APA BERLAKU KEPADA ADUAN SAYA?

  • Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah akan menghantar Maklumbalas Penerimaan kepada pengadu
  • Memberi maklum balas kepada pengadu setelah mengetahui status aduan
  • Aduan yang melibatkan kepentingan awam akan dibawa ke mesyuarat

5. APA YANG SAYA BOLEH ADU KE BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI KEDAH?

Semua aduan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan agensi/jabatan di bawah kerajaan negeri.

6. APAKAH JENIS ADUAN YANG BOLEH DITERIMA OLEH BIRO PENGADUAN AWAM

    NEGERI KEDAH?

  • Aduan mengenai kelewatan/tiada tindakan
  • Tindakan tidak adil
  • Kekurangan kemudahan awam
  • Salah guna kuasa / penyelewengan
  • Salah laku anggota awam
  • Kegagalan mengikut prosedur
  • Kegagalan penguatkuasaan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan

7. BAGAIMANA CARA MEMBUAT ADUAN?

  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Kedah (SISPAA KEDAH)
  • Melalui telefon
  • Melalui surat
  • Melalui e-mel
  • Hadir sendiri

8. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK ORANG LAIN?

Boleh, dengan izin pengadu

9. BOLEHKAH SAYA MENGEMUKAKAN ADUAN TANPA MENGEMUKAKAN MAKLUMAT DIRI?

Tidak boleh, hanya aduan daripada maklumat yang sahih sahaja yang akan diproses

10. BOLEHKAH MAKLUMAT DIRI SAYA DISULITKAN TANPA PENGETAHUAN UMUM?

Boleh, pengadu berhak untuk memilih sama ada aduan yang dibuat sulit atau umum

 

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader